aku sebuah motorsikal yang diberi nama honda EX-5 aku dikeluarkan oleh kilang honda. badanku berwarna hitam dan putih. aku dipsarkan dan dijual di sebuah kedai jalan kuching. Pada tanggal 15 Februari 2011 aku telah dibeli oleh seseorang yang bergelar ayah dan memberiku kepada anaknya. Anaknya mengusap dan membelaiku begitu baik sekali. aku berasa gembira dan seronok. apabila aku sudah menjadi kepunyaannya aku diberi nama MR.WUX kerana aku telah didaftarkan bernom WUX 4959. aku sungguh seronok mempertuankan oleh tuanku ini. Dia menjagaku dengan begitu cermat sekali. apabila terdapat lubang beliau akan mengelak supaya aku tidak berasa sakit. saban minggu, tuan ku ini akan memandikanku dengan buih sabun yang begitu wangi sekali. Hari demi hari, mingu demi minggu aku berkhidmat dengan tuan ku. aku sering di bawa kepejabat tuan ku kerana beliau kini menjalani praktikal. Pada suatu hari, tanggal 17 Mac 2011 aku telah dibawa ke sebuah bank yang terletak di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. aku di kunci oleh tuan ku bagi mengelakkan aku pergi kemana-mana. malang tidak berbau sedang aku berehat di tempat letak motorsikal aku terasa terasing kerana orang lain telah mengambil aku. aku menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa mendengarnya. Kini aku teras terasing dan tidak tahu kemana kini diriku berada. Aku kasihankan tuan ku kerana aku tahu beliau akan berasa sedih dan risau akan kehilanganku. Bahkan jarum meter di badanku masih belum mencapai angka 1000km. Tatkala ini aku yakin tuan ku telah mereportkan kehilanganku di balai polis bagi mencari aku. di harap tuan ku masih bersabar menanti kepulanganku. wahai pencuri yang mencuri aku, pulangkanlah diriku kepangkuan tuan ku kembali. pulangkan! aku sebuah motorsikal.....
Sekian, Yang Masih Mengingati
Mr.WUX
note:sob2! bagi yang tidak memahami, rinkasannyanya iala another one of my beloved things telah dicuri..MR.WUX dalam kenangan:(
No comments:
Post a Comment