bubbye 2010. sekarang dah masuk 2011.Happy New Year! apabila blog walking di blog zatie mengenai post yang akan dilakukan mengenai 2010, aku terpanggil nak buat perkara yang sama gak. nak sharing the great, memorable moments dan tak lupa juga kenagan pahit yang patut ditelan. resam hidup ni ad kala gembira adakala jatuh. its normal. hidup bagai roda. lets check it out what happen on me sepanjang 2010.
Januari:
berbekalkan azam yang tidak pernah pudar iaitu aku ingin memperbetulkan aku nye pointer telah membuka lembaran 2010 aku sewaktu masuk kembali ke UiTM. Bulan ini aku meletakkan jawatan aku President PEERs bagi tahun 2009 yang seterusnya disandang oleh wan. AGM di jalankan. Segala kenangan bersama family PEERs 2009 ak sematkan dalam hati. Buat pertama kalinya juga fakulti aku menjalankan proses pengundian MPP. aku merupakan salah seorang penyokong bagi calon tunggal perempuan fakulti ak. walaupun kalah terima seadanya. tanggal 22hb adalah malam yang tidak boleh aku lupakan. kenangannya akan terpahat dalam diari sejarah hidupku. dekat berkat kerjasama dan bimbingan dari semua pihak, PEERs 09 dalam kelolaan ku telah dinobatkan 'Persatuan Terbaik Keseluruhan: Anugerah persatuan pelajar 2009'. Di samping itu jua kami memperoleh anugerah 'Kategori Khidmat Masyarakat Terbaik: Johan' dan juga anugerah 'Kategori Akademik dan Ilmiah: ke-3'. Seminggu selepas itu, aku menjadi wakil pelajar untuk menghadirkan diri ke mesyuarat ahli panel MQA(yang dahulunya dipanggil LAN) Sungguh Mengharukan :)
jelas terpancar kegembiraan...
Februari:
Kesibukan sebagai pelajar mula terasa.apabila terdapat banyak tugasan yang perlu di laksanakan. tidak menghalang aku untuk aktif. Aku kembali ke Kuala Pilah untuk menjadi Fasilitator bagi KAP PEERs UiTM k.pilah. Keluarga baru dan sangat happening. I bought my Mr DELL. tak silap aku first time masuk meeting bajet bagi program yang menelan belanja lebih RM5000. aku zati ngan mai membawa hasrat dan proposal untuk kami ke Sbah bagi program Transisi ke Universiti (TKU). menghadap Timbalan Chanselor HEP dan ramai lagi. sungguh mendebarkan. walaupun hasilnya agak menyedihkan. memandangkan kami menang anugerah kami merancang nak pergi singapore. oleh itu ak dan ada rsebahgian rakan peers ku ini pergilah. akibat kelewatan mebuat passport kami tidak dapat menjejakkan kaki ke kota singa itu. hanya sekadar di JB..huks
akibat tidak merancang betul-betul..ke JB jua akhirnya..
membalas dendam!!
March:
hurmm dalam bulan mac nieyh..walaupun telah melepas jawatan tapi tidak bermakna aku tidak aktif bersama mereka. Aku just mengikuti perkembangan dan join sikit sahaja program mereka. Bulan mac nieyh ada Cairex ngan Hari bertemu pelanggan. Tahun ni booth peers menang Booth terbaik. Ingat lagi Masa tahun lepas kitorang buat. tersangat bertungkus lumus nak menyiapkan. sampai lewat malam. apa yang lawaknya ialah sewaktu penyampaian hadiahtu, saya ada saja nak melawat tapak Cairex. almaklumlah saja nak cari Company yang sesuai untuk praktikal sem 6. Di sambung cerita ketika itu aku berada dikawasan penyampaian hadiah. terdapat pelbagai kategori di pertandingan. di pendekkan cerita sewaktu kategori fakulti, fakulti mekanikal (fac aku) telah menang. Dengan muka tebalnya pergi amek hadiah tu. sebab tiada seorang wakil pun tampil amek hadiah tu. selamat waktu tu aku pakai jaket fakulti. adalah nampak gak dah lahmenang Johan plak 2. bangga dapat mencapub! :)
April:
alah macam biasa dah hujung sem, masa tulah nak buat kelas ganti lah, nak anta segala mak nenek assignment dan test2. sehinggakan aku demam satu minggu sebelum exam. haiyak. dah lah minggu tu memang minggu menyeksakan. dengan presentation CTU nak kene hanta mini project CATIA and presentation CATIA. mau tak GILA! demam teros. presen pn dengan suara sengau sebab selsema.huks lantak asal kan tanggung jawab dilaksanakan. bila mama ngan abah tanya sebab demam, jawapannya sangat mudah 'penat belajar'. huks ayat selamat :)
May:
cuti sem hanya ak lalui seminggu sahaja. memandangkan aku mengambil intersesi (short sem). Bagi meringankan bebanku yang masih ada carry. ku korbankan masa cuti ku. Birthday aku bulan ni. 19 Mei. makan-makan di steamboat Flaming. dan ak dapat birthday card dari member-member peers.siap ada lagu lagi! dan apa yang tidak akan ku lupa apabila dibaling tepung dan telur termasuk air sabun oleh rakan rumah sewaku. dorg siap belanja KFC lagi. sungguh mengharukan. bulan ni juga aku sekali lagi ke Sabah. kali ini menjalankan Progran TRansisi Ke Universiti TKU. sangat seronok apabila dan berjalan-jalan sambil berprogram dengan rakan-rakan peers. Program yang telah dirancang sejak bulan 12 2009. dapat dijalankan dengan jayanya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan. :)
rakan-rakan TKU yang dirindui..
June:
memandangkan ambil intersesi. exam akhir intersesi jatuh pada bulan ni. Harapan nk dapat keputusan dengan jayanya. semasa bulan ni juga rakan-rakan akaun ku berpraktikal. huks. sangat merindui mereka kerana tidak akan berjumpa 2 sem. memandangkan ak pula akan berpraktikal sebaik sahaja mereka habis. sob2! aku sepatutnya perlu menhadirkan diri ke program modal insan Yayasan Bank Rakyat. program ini wajib hadir bagi semua pemegang-pemegang biasiswa. memandangkan aku berintersesi. aku xdapat hadit. bagi sesiapa yang dah lupa sila baca *link* ini. pada konvesyen kaunseling kebangsaan yang diadakan di UMT ak mendapat pingat gangsa.. gilalah. hasil kerja Mai dan di tambah dan diedit oleh aku dan dipersembahkan oleh en Bad. sungguh tidak sangka. sebenarnya panjang cerita dye. baca post ni.
hadiah yang dimenangi!!
July:
Semester baru buka kembali. kesibukan apabila hendak menghantar report TKU walaupun sudah lambat. memandangkan pelbagai pihak perlu disediakan report kepada mereka. betapa sedihnya apabila dapat tahu aku fail bagi subjek yang aku amek intersesi dahulu. oh god habis korban cuti ku begitu sahaja.tak tahu mana silap! and fisrt time di awal semester kelam kabut. sebab masalah registration. tension. nak kene jumpa orang itu ini. haish! ditambah pula perlu mencari tempat latihan industri. aiyoyo
August:
kesedihan apabila mendapat tahu biasiswa aku ditarik dan tukar kepada Pinjaman. sungguh menyedihkan. muhasabah diri! sedikit kegembiraan apabila permonan bagi LI dapat dekat RadiFEMS cawangan HKL. senag keje aku.tak payah nak kene pikir panjang walaupun takde elaun.
September:
Bulan yang amat dan telampau sibuk dengan mini projek dan assignment yang banyak nak kene hantar.
Oktober:
Final exam dah dekat. usaha dilipat gandakan bagi menaikkan pointer. tidur selalu lewat.dalam kesibukan nak final sewaktu study week aku dapat rakan dari Jepun! mengikuti exchange student selama 1hari bersama pelajar sekolah Hiranuma Jepun. seronok! Mr DELL kene rompak sewaktu pagi sebelum exam final manufacturing. oh tidak!! sedih terkejut melopong. tidak keruan dibuatnya. laptop yang dibeli tidak sampai setahun dah kene rompak. memang sialan perompak itu. ini adalah kali ke-3 rumah sewa kami kene pecah masuk. suspek berbadan besar dan berambut perang. agak bengong apabila salah seorang rakanku terjaga dari tidur untuk sembahyang subuh ternampak suspek. akibat rakan ku ini kecil dan perompak berkenaan besar arakan ku kembali tidur kerana bimbang dan beranggapan mungkin rakan kepada rakanku yang lain. apa yang lawaknya adalah sewaktu dia ternampak itu dikatakan perompak berkenaan
sedang mel**cap. tidak boleyh diterima akal.tapi bila dipikirkan balik mungkin ini adalah amalan ritual mereka. oleh itu berhati-hati sekalian. bagi yang lupa baca post ini..
my Japanese friends. from left Sachiyo, Natsuki, Anna, Me, Masaki, Ryota. wah ingat lagi aku nama mereka..
November:
aku demam!! diawal bulan. haiyak masa tu sedang menunggu hari bagi paper akhir exam final. adeyh dugaan sungguh. dah lah paper repeat plak tuh. pada tanggal 011110 abang ke-2 ku telah tamat dengan jayanya MBBS. kini dia bergelar seorang doktor. aku mengikuti KKDKP peers di Pulau Pangkor. jalan-jalan :)
Snorkeling di p.pangkor..
December:
Macam-macam happening berlaku bulan 12 nieyh. aku mendapat another family yang dikenali family YBR. memandangkan tidak dapat hadir program bulan 5 masa tu aku dipanggil sekali lagi untuk batch yang ke-2. sunnguh happening. *link*. macam biasa semasa cuti sekolah ini juga akan ada ramai mengadakan wedding termasuk dua orang sepupu ku dan seorang rakan ku. aku balik ke kampung menaiki keretapi komuter terbaru ETS pulang ke Ipoh semasa kawin sepupu aku. aku juga menjadi DJ sewaktu kawen Kawanku. wah versatile gile aku! dengan secara rasminya aku mengucapkan selamat tinggal kepada taman kemunting iaitu rumah sewaku. memandangkan kami akan berpraktikal aku menamatkan kontrak sewa rumah tu kerana semua akan berpraktikal berjauhan. ada family day!! malas nak cerita panjang sebab dah cerita dah. tengik post sebelum ni :)
YBr the best!!
walau apapun 2010 telah meninggalkan kita. segala kengan sepanjang 2010 segar dalam ingatan danmemberi seribu makna dalam kehidupan. 2011 sudah tiba. lembaran kehiupan yang baru akan dibuka. planner 2011 aku telah beli. bagi mengisi ruang-ruang kenanganku pada 2011. selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. harapanku di 2011 ini adalah kebahgiaan dari semua aspek. memandangkan akan berpraktikal semester akan datang di harap berjalan dengan lancar. Good Luck to me and also to everyone..
-with love kpoochichubby-
No comments:
Post a Comment